Ramai Patah Hati Tengok Mk Pegang Tangan Kekasih, Netizen Dakwa Hajar Siti Anak Orang Ternama Pahang

Ramai Patah Hati Tengok Mk Pegang Tangan Kekasih, Netizen Dakwa Hajar Siti Anak Orang Ternama Pahang
Share

Nampaknya ramai peminat wanita patah hari apabila baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan penyanyi rap popular MK (K-Clique) berjalan sambil memegang tangan seorang wanita.


Menerusi video itu, MK dilihat hadir bersama kekasihnya itu dengan baju sedondon di sebuah majlis rumah terbuka.


Baca Juga

Malah, MK juga turut dilihat memuat naik beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi tersebut.


Seperti biasa, netizen terlebih dahulu menyiasat identiti wanita dikenali sebagai Hajar Siti itu. Ada yang mendakwa gadis itu berasal daripada keluarga ternama dari Kuantan, Pahang.


close
“Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.


“Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends,” tulis netizen.


Diruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui penyanyi dan juga pelakon itu sudah pun berpunya.


Terdahulu, MK ada memuat naik gambar bersama gadis itu di Instagram dengan kapsyen romantis memberitahu dia sudah dimiliki.

Kredit: Rotikaya
SUMBER:  MSTAR ONLINE

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel