“Turun Air Mata Jantan..” – Kekasih Curang Depan Mata, Beri Alasan Tolong Mak Siapkan Persiapan Raya

“Turun Air Mata Jantan..” – Kekasih Curang Depan Mata, Beri Alasan Tolong Mak Siapkan Persiapan Raya
Share

Adat berkasih, pastinya setiap insan inginkan pasangan mereka setia dan tidak berlaku curang dengan orang lain.


Namun begitu, lain pula yang menimpa seorang jejaka apabila teman wanitanya telah dirakam berlaku curang di hadapan matanya sendiri!


Dalam perkongsian sebuah video di TikTok, lelaki itu dilihat telah merakam pergerakan teman wanitanya itu yang ‘kantoi’ keluar dengan lelaki lain.

@mhaidarruslan curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral ♬ bunyi asal - Haidar

Dia kemudiannya bertindak membuat panggilan telefon kepada teman wanitanya itu dan telah menerima jawapan yang sangat tidak masuk akal.


Kata wanita itu, dia sedang berada di rumah menolong ibunya membuat persiapan kerana ada sanak saudara datang beraya.



Ia sekaligus mengundang air mata lelaki itu yang semestinya berasa sedih kerana ditipu ‘hidup-hidup’ oleh insan tersayang.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu dan menyuruhnya bersyukur kerana kebenaran diperlihatkan di hadapan mata sendiri sebelum berkahwin.


“Dah berkahwin belum? Kalau belum ucapkanlah Alhamdulillah, sebab Allah selamatkan anda, Insyallah nanti digantikan dengan lebih baik..” komen seorang netizen.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel