Tabik Adik Ini Keluar Masuk Kedai Sampai Jumpa Saiz Selipar Untuk Gelandangan!

Tabik Adik Ini Keluar Masuk Kedai Sampai Jumpa Saiz Selipar Untuk Gelandangan!
Share

Sejuk perut ibu mengandung. Itu antara komen netizen selepas menonton video sekumpulan remaja menghadiahkan sepasang selipar baharu kepada seorang warga emas berbangsa Cina yang kelihatan seperti gelandangan.


Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial itu, warga emas berkenaan didapati sedang duduk di hadapan pintu masuk sebuah kedai barangan serbaneka popular.

Baca Juga


Dia kemudian disapa oleh sekumpulan remaja yang terdiri daripada empat orang lelaki berusia lingkungan belasan tahun dengan tiga daripada mereka memakai baju melayu warna sedondon.


Menerusi rakaman tersebut, warga emas terbabit menunjukkan selipar yang dipakainya kepada kumpulan tersebut.

close

Beberapa minit kemudian kelihatan salah seorang remaja lelaki datang membawa selipar dari dalam kedai dan meminta warga emas berkenaan untuk mencuba.


Tingkah laku bersahaja remaja tersebut cukup menyentuh hati apabila dia bukan hanya memberikan selipar untuk dicuba tetapi turut memegang kaki warga emas terbabit bagi melihat sendiri kesesuaian saiz.


Malah, remaja terbabit beberapa kali dilihat berulang-alik keluar dan masuk bagi mendapatkan saiz yang tepat.


Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh pemilik akaun TikTok yang menggunakan nama @andreprubsn, namun carian mStar di aplikasi tersebut tidak menemukannya.


Ia kemudian dikongsikan Malaysia Most Virall di ruangan Twitter.


Rata-rata netizen memuji tingkah laku sekumpulan remaja berkenaan selain mengucapkan tahniah kepada ibu dan bapa mereka kerana pandai mendidik anak.


Sumber: mStar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel