Masalah Air Punya Pasal, Lelaki Bertumbuk Sebab Potong Barisan

Masalah Air Punya Pasal, Lelaki Bertumbuk Sebab Potong Barisan
Share


Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai insiden paip pecah di kawasan Batu 7, Jalan Miri-Bintulu sehingga menjejaskan 65,000 isi rumah di bandar tersebut.


Dalam pada itu, menerusi perkongsian video oleh Sarawak Aritok di media sosial semalam memaparkan suasana tegang apabila berlaku aksi tumbuk menumbuk di antara dua individu lelaki yang didakwa berpunca daripada memotong barisan. 

Baca Juga



Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu penduduk setempat keluar beratur bagi mendapatkan bekalan air yang dibawa lori tangki ke kawasan terjejas.


Sementara itu, video kekecohan tersebut berjaya meraih lebih 120,000 tontonan dalam masa 12 jam dan pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai.
close


Lebih menarik perhatian, ada pengguna berkongsi pengalaman ketika berdepan dengan situasi yang sama dan dikatakan telah berpuluh tahun kawasan tempat tinggal mereka mempunyai masalah ketiadaan air.


“Sabar-sabar, di kampung saya berpuluh tahun tiada air, setitik pun tak ada, masih sabar sampai sekarang,” balas @Bird93.


Sumber: Kosmo

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel