Fasha Kongsi Nama Anak Elisya Sandha, Bunga El Haq
Sunday, June 19, 2022

Semalam, pelakon dan pengarah Sheila Rusly berkongsikan berita gembira menantu mereka, Elisya Sandha selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sheila sempat memuat naik gambar tangan cucu sulungnya itu serta meluahkan rasa syukur.
Sementara itu, kakak kepada pelakon itu iaitu Fasha Sandha turut memuat naik video memangku anak Elisya serta berkongsikan bayi perempuan itu diberi nama Bunga El Haq.
Fasha turut mengucapkan tahniah buat Elisya serta ibu mentuanya, Shiela serta ibunya yang kini sudah menimang cucu.
Terdahulu, Elisya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Sumber: Rotikaya