“Tak Senonoh!” – Rakan Suami Bagi Hadiah K*ndom Masa Hari Bersanding Dikecam

“Tak Senonoh!” – Rakan Suami Bagi Hadiah K*ndom Masa Hari Bersanding Dikecam
Share

Meraikan hari perkahwinan rakan baik sememangnya satu perkara yang amat mengembirakan kerana mengetahui diri mereka bakal melalui fasa baharu dalam hidup bersama pasangan tercinta.


Sebaik-baiknya, cara kita meraikan itu adalah dengan sedekahkan doa agar hubungan mereka suami isteri kekal bahagia hingga ke akhir jannah.


Baca Juga

Bagaimanapun, video tular baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan kawan menghadiahkan hadiah ‘istimewa’ kepada rakan serta isteri telah menarik perhatian netizen.


Melihat dari video yang dimuat naik, riak wajah pasangan pengantin yang sedang duduk di atas pelamin seperti tidak selesa apabila menerima pelbagai jenis hadiah ‘orang dewasa’, lalu direkod di depan mata.


close
Biarpun rakan-rakan merasakan hal yang dilakukan itu satu bahan jenaka dan pernah menjadi trend sebelum ini, ia sememangnya satu perkara yang memalukan jika berada di tempat pengantin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa ‘jijik’ apabila melihat perkara yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki terbabit.


Barangkali sedar rakan-rakan dikecam kerana melakukan hal seperti itu, pengantin lelaki mewakili rakan-rakannya memohon maaf kepada umum seandainya gurauan mereka di anggap berlebihan.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel