Bergelek Tengah Jalan Depan KLCC, Baby Shima Dipuji Peminat Indonesia
Sunday, July 31, 2022
Sebut saja nama Baby Shima, ada saja kontroversi terpalit penyanyi dangdut itu. Baru-baru ini, perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila bergelek sakan di tengah jalan di hadapan KLCC.
Dilihat sedang melintas jalan, Baby Shima turut berhenti seketika untuk bergelek di tengah jalan tempat pelintas berjalan kaki.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut menulis kapsyen, “Bergoyang sebab kereta tak nak beri laluan” dan diinspirasikan daripada Citayem Fashion Week.
Perkongsian Baby Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengkritik dan ada yang terhibur dengan aksi penyanyi itu.
Malah, ramai netizen terutama dari Indonesia yang memuji keberanian dan kekebalan Shima berdepan dengan kecaman dari orang ramai.
Terdahulu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen Malaysia dan negara seberang berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.
Sumber: Rotikaya