“Serah Pada Allah & Pihak Polis Je..” – Enggan Dedah Sebab Pergi Balai, Fazura Buat Ramai Tertanya

“Serah Pada Allah & Pihak Polis Je..” – Enggan Dedah Sebab Pergi Balai, Fazura Buat Ramai Tertanya
Share

Baru-baru ini, selebriti serta usahawan Nur Fazura ada memuat naik satu hantaran foto di laman Instagramnya memaparkan dia sedang berurusan di sebuah balai polis.


Disebabkan itu, ramai netizen yang tertanya-tanya sebab dirinya berada disitu kerana biarpun memuat naik foto itu, Fazura tidak menjelaskan apa-apa di ruangan kapsyen dan hanya mengucap terima kasih buat pihak Polis Di-Raja Malaysia.


Terbaharu, Fazura ada memberitahu kepada followers bahawa kini kakinya cedera akibat terlanggar besi lampu dan susulan itu, ia telah mencetus pelbagai spekulasi daripada kalangan netizen yang mengaitkan kecederaannya itu dan keberadaan dia di balai polis.


Namun, bagi menjawab spekulasi orang ramai, Fazura menegaskan kecederaan dia di kaki itu bukanlah sebab dirinya pergi ke balai polis. Tetapi mempunyai hal yang lebih besar dari itu.


Enggan memperbesarkan cerita, pelakon fikem Pisau Cukur itu menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menganggu proses siasatan.


Dalam pada itu, pengikutnya juga turut mendoakan agar segala urusan yang sedang dihadapi dipermudahkan buat Fazura.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel