Duduk Rapat-Rapat Dengan Anna Jobling, Netizen Menyampah Dengan Da’i Syed
Thursday, July 7, 2022
Selepas dua tahun naik turun mahkamah, pada Jun lalu pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan dan dibebaskan atas dua pertuduhan jenayah seksual.
Bagaimanapun, baru-baru ini nama pendakwah itu sekali lagi menjadi bualan apabila videonya bersama pelakon Anna Jobling menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, Da’i Syed dilihat duduk bersebalahan dengan Anna.
Diruangan komen, ramai yang mengatakan Da’i Syed tidak menjaga ikhtilat serta boleh menimbulkan fitnah apabila duduk rapat seperti itu. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar membuang sahaja gelaran Da’i itu.
Meskipun dikecam teruk, namun tiada komen balas daripada Da’i Syed berhubung video berkenaan. Setakat ini, video tersebut mendapat sebanyak 1.2 juta jumlah tontonan.
Sumber: Rotikaya