Iqram Dinzly Pernah Jumpa Pakar, Ada 5 Karakter Dalam Diri
Thursday, July 7, 2022
Sebut saja nama Iqram Dinzly, pasti ramai tahu pelakon itu sering mencetuskan kontroversi dengan kelakuan dan pakaian aneh ketika Live di media sosial.
Memetik Getaran, bagaimanapu Iqram berkata akaun media sosial itu dikendalikan oleh Princi Chiki Dinzly, karakter lain yang diwujudkan bagi menggantikan dirinya.
“Itu adalah antara karakter yang saya tampilkan. Saya ada lima lagi karakter lain yang belum saya tunjukkan. Prince Chiki Dinzly saya wujudkan sebagai watak netizen yang selalu merasa berkuasa di media sosial.
“Melalui karakter yang saya tampilkan tak kisahlah Iqram Dinzly, Prince Chiki Dinzly atau Iqram Dizlycious masing-masing membuatkan saya semakin mengenal diri,” katanya.
Berikutan tindakan aneh yang dilakukan Prince Chiki Dinzly, pelakon itu sering dikecam serta mengatakan dia sudah gila.
“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan banyak kali Prince Chiki Dinzly katakan bahawa Iqram Dinzly sudah mati.
“Jadi bila ada netizen, tabloid, atau berita yang cakap di dalam live itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly berbeza dan apa yang dilakukan Prince Chiki Dinzly tiada kena mengena dengan hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Iqram berkata dia mengakui pernah bertemu dengan beberapa pakar kesihatan mental bagi membuktikan dirinya masih waras.
“Saya pernah berjumpa dengan tiga profesor. Tapi mereka yang mental sebenarnya. Profesor itu ada masalah dan mengaku ada keresahan. Saya tak didiagnos memiliki apa-apa penyakit,” katanya.
Ditanya punca Iqram mewujudkan banyak watak dalam hidupnya, pelakon itu berkata ia adalah sebuah eksperimentasi mental di samping mengakui rasa sengsara menjadi individu bernama Iqram Dinzly.
“Saya bukan tak bahagia menjadi Iqram Dinzly. Saya cuma sengsara kerana Iqram Dinzly hilang jati diri dalam hidupnya. Kalau nak cakap lebih-lebih, nanti orang ingat saya gila sedangkan ia adalah transformasi IQ,” katanya.
SUMBER: GETARAN
Kredit: Rotikaya