“Ingat Nak Mudahkan Kerja” – Selalu Bagi ‘Phone’ Dekat Anak, Ibu Kesal Mata Si Kecil Mula Juling

“Ingat Nak Mudahkan Kerja” – Selalu Bagi ‘Phone’ Dekat Anak, Ibu Kesal Mata Si Kecil Mula Juling
Share

Dalam zaman serba teknologi ini, kita memang tidak akan lepas dari menggunakan gajet seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya.


Terutamanya buat kanak-kanak yang semakin hari semakin didedahkan dengan penggunaan alat elektronik itu yang mempunyai kesan buruk jika digunakan secara berlebihan.


Seperti sebuah perkongsian seorang wanita ini, dia ada berkongsi mengenai anaknya yang matanya menjadi juling kerana terlalu kerap menggunakan telefon bimbit.


Wanita yang dikenali sebagai Nurul Afeizah ini mengakui sudah mendedahkan anaknya dengan gajet semenjak berusia 2 tahun lagi.


Ia berikutan kerana tidak mahu si kecil itu mengganggu waktu mereka bekerja  di rumah memandangkan ketika itu adalah negara berada dalam keadaan PKP.


Anak lelaki Nurul yang bernama Luth itu kini sudah pun berusia 5 tahun dan mata si kecil itu mula mengalami perubahan dari hari ke hari sehingga memerlukan rawatan lanjut.


“Bermula tahun lepas lagi, tapi saya tak perasan yang matanya juling kerana menyangkakan Luth hanya bermain. Pada masa itu, memang selalu marah dia sebab buat mata juling.”


Malah, sehingga satu tahap mata Luth menjadi semakin teruk sehinggakan mata hitamnya boleh hilang di sebalik pangkal hidung.


Dia dan suami kemudiannya membawa Luth ke hospital untuk rawatan lanjut namun bersyukur kerana mata anak mereka masih boleh lagi dirawat.


Menganggap perkara itu sebagai satu pengajaran,  Nurul sempat menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga anak menjadi mangsa keadaan.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel