Penat Pura-Pura Kuat & Bahagia, Elyana Nak Hilangkan Diri Cari Ketenangan

Penat Pura-Pura Kuat & Bahagia, Elyana Nak Hilangkan Diri Cari Ketenangan
Share

Kini sudah sembuh dari penyakit kanser dihidapinya, penyanyi Elyana berkata dia bukanlah orang yang sesuai untuk dijadikan contoh serta dianggap individu yang kuat berdepan dengan penyakit kanser.


Memetik mStar Online, Elyana berkata dia sudah tidak mampu lagi berpura-pura bahagia serta rasa tidak gembira dengan orang disekelilingnya. Kata Elyana, dia sudah tidak boleh lagi menjalani kehidupan seperti itu serta berhadap dapat pergi jauh untuk ‘menghilangkan diri’.


Kata Elyana lagi, dia sudah tidak boleh lagi menjalani kehidupan seperti itu serta berhadap dapat pergi jauh untuk ‘menghilangkan diri’.


“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun. Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.


“Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” katanya.


Menerusi sesi Live di Instagram itu, Elyana berkata dia kesal apabila gagal mendapatkan sokongan daripada individu terdekat, namun tidak mendedahkan siapa individu dimaksudkan itu.


“Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.


“Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.


“Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar.


“Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia,” katanya.


Sementara itu, dalam Live Instagram itu juga Elyana merancang mahu membeli tiket penerbangan untuk mencari ketenangan namun masih belum tahu destinasi yang ingin di tuju.


“Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik,” katanya.


SUMBER: MSTAR ONLINE

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel