“Negara Mana Buat?” – Annuar Musa Bantah Cadangan Potong Gaji Menteri Untuk Tangani Inflasi

“Negara Mana Buat?” – Annuar Musa Bantah Cadangan Potong Gaji Menteri Untuk Tangani Inflasi
Share

Menurut Indeks Harga Pengguna (IHP), kadar inflasi dalam negara dijangka melepasi paras lima peratus dalam tempoh terdekat ini berikutan oleh harga makanan yang tinggi.


Susulan itu, kebanyakan rakyat Malaysia menyarankan supaya gaji menteri-menteri dipotong atau dikurangkan bagi menangani inflasi yang berlaku di negara ini.


Baca Juga

Tampil membantah, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.


“Boleh namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan potong gaji menteri?”


Menerusi video yang dimuat naik oleh Malaysia Kini, beliau menganggap cadangan itu sebagai tidak relevan kerana tindakan itu tidak akan membantu bagi menurunkan kadar inflasi mahupun harga barangan.

close

“Katakan potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri kabinet), berapa yang akan anda dapat?”


Jelasnya, cadangan itu tidak dapat memberi jaminan kepada beliau bahawa masalah inflasi akan dapat diselesaikan dengan cara sebegitu.


Menurut Annuar, beliau memutuskan dua perkara bagi menangani inflasi iaitu tiada lagi eksport minyak masak dalam polibeg serta memaksimumkan harga minyak masak botol.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel