Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Lihat Kanak-Kanak Buat Aksi Lucah Di Tempat Awam

Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Lihat Kanak-Kanak Buat Aksi Lucah Di Tempat Awam
Share

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi mengenai satu situasi yang dialaminya bersama isteri ketika berada di sebuah tempat permainan kanak-kanak.


Dalam hantaran itu, lelaki itu telah menyaksikan gelagat dua orang kanak-kanak yang difahamkan merupakan kakak dan abang sedang bermain di kawasan itu.


Kemudian, isteri lelaki itu telah ternampak si adik lelaki telah membawa kakaknya ke satu ruang yang sunyi sebelum melakukan aksi lucah.


Si adik yang tersedar dirinya diperhatikan kemudian terus lari bersembunyi di belakang tiang dan si kakak pula hampir menangis apabila diperlakukan sedemikan rupa.


Baca Juga

Terkesima dengan perbuatan itu, isteri lelaki tersebut terus menghampiri si kakak dan menenangkan keadaan dan turut memanggil kanak-kanak lelaki yang melarikan diri untuk diberi nasihat.


Dakwa lelaki itu, ibu bapa kedua kanak-kanak tersebut tidak berada di kawasan permainan ketika kejadian itu berlaku.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak kecil sudah memahami perlakuan dan perbuatan seks orang dewasa.


Rata-rata berpendapat penggunaan gajet seperti telefon bimbit juga mendorong kepada perlakuan kanak-kanak yang dikatakan terlebih ‘advance’ kala ini.


close

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel