“Saya Ada Pukul Mak Wan Tapi Sebab Dia Ludah Saya” – Bekas PA

“Saya Ada Pukul Mak Wan Tapi Sebab Dia Ludah Saya” – Bekas PA
Share

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai mengenai kemelut antara pelakon veteran, Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya yang dikenali sebagai Amell.


Terbaru, menerusi Melodi semalam, Mak Wan mendakwa bekas peribadinya itu pernah memukul dan menumbuknya gara-gara isu duit.


“Tapi petang tu dia tak puas hati sebab duit. Mak Wan bagi tahu dia bukan dia yang makan duit Mak Wan. Tak tahulah siapa yang twist cerita tu, dia kata dia makan duit Mak Wan.


“Dia terus meluru, tak bagi salam dia pukul Mak Wan, dia tumbuk kepala Mak Wan, dia tarik Mak Wan dekat pintu, ke laman. Isu dia pasal duit, dia tak boleh isu pasal duit,” katanya.


Sementara itu dalam temu bual berasingan, Amell berkata dia mengakui ada memukul Mak Wan dengan alasan dia diludah.


“Saya tularkan video tersebut sebab tak tahan sangat saya lalui sepanjang dua tahun saya dengan dia. Nasihat tak jalan, teguran pun tak jalan, saya terpaksa tularkan.


“Memang saya ada memukul dia, menampar dia, tapi kejadian itu berlaku apabila Mak Wan sendiri meludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima,” katanya.


Dalam pada itu, Mak Wan meminta agar mereka di luar sana berhenti menghukumnya kerana dia tidak tergamak untuk melakukan seperti apa yang diperkatakan.


“Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu. Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu,” katanya.


Terdahulu, tular video seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu. Bagaimanapun, Mak Wan berkata ia latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.


Sumber: Melodi

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel