Shila Amzah Dituduh Gatal Nak Berlaki

Shila Amzah Dituduh Gatal Nak Berlaki
Share

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Shila Amzah di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik kecaman diterima daripada netizen.


Menerusi entri tersebut, individu berkenaan menuduhnya gatal, tidak matang serta seolah tidak sabar untuk mencari lelaki.


“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni.. Relaks lah, jangan tunjuk sangat. Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship.. Tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat,” tulis netizen itu.


Tenang membalas kenyataan netizen itu, Shila menidakkan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun. And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri,” tulisnya.


Terdahulu, Shila berkata dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi serta sudah mula rasa bosan hidup tanpa pasangan.


Sumber: Forum Cari

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel