“Sekarang Zaman Orang Tunggu Masa Nak Hentam Ustaz” – Nama Terpalit Isu Rogol Remaja Bawah Umur, DUKE Tegur Media

“Sekarang Zaman Orang Tunggu Masa Nak Hentam Ustaz” – Nama Terpalit Isu Rogol Remaja Bawah Umur, DUKE Tegur Media
Share

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu kecoh satu berita mengenai seorang penceramah bebas berusia 30-an yang dikenali ramai telah di tahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.


Secara tidak langsung segelintir netizen telah membuat spekulasi sendiri dan meneka siapakah gerangan ‘ustaz’ berkenaan hinggakan nama pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias turut tempias dengan isu itu.


Akibat namanya dikaitkan dengan isu terbabit, Ustaz Kazim meluahkan rasa berang kerana tuduhan merogol itu sememangnya satu tuduhan yang amat berat.


Disebabkan hal ini mampu memburukkan imej baiknya terus-menerus oleh individu tidak bertanggungjawab terbabit, Ustaz Kazim tidak mendiamkan diri.


“Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya. Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut.”


Dalam pada itu, pendakwa itu turut meluahkan rasa kecewa serta terkilan dengan sesetengah pihak media yang tidak jelas apabila menyampaikan cerita terbabit hingga menimbulkan fitnah.


Menerusi ceramahnya, Ustaz Kazim menegur pihak media agar bersikap adil kepada semua golongan dan tidak menggantungkan sesuatu laporan.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel