“Nak Tumpang Tidur Lengan” – Wanita ‘Menggeletis’ Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli
Wednesday, August 10, 2022
Terdahulu, atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat telah berjaya meraih pingat perak pertama pada temasya Sukan Komanwel 2022 pada 1 Ogos lalu.
Menurut laporan Berita Harian, pingat naib juara Erry itu diperoleh menerusi acara 73 kilogram (kg) selepas menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas dari India, Sheuli Achinta.
Anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu kemudiannya berkongsi hantaran gambar bersama pingat perak yang dimenangi menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Erry dilihat sedang baring dan melelapkan mata di sebelah pingat perak tersebut di atas katil sambil memakai kain pelikat.
Namun, hantaran gambar itu kemudiannya dimuat naik semula oleh netizen di laman Facebook yang akhirnya menimbulkan perbalahan apabila sesetengah wanita dilihat meninggalkan komen berbaur lucah.
Susulan itu, rata-rata netizen telah berasa kecewa terhadap sesetengah wanita yang bertindak meninggalkan komen tanpa menghormati privasi tuan badan.
Malah, ada juga yang menganggap tindakan itu sebagai gangguan seksual terhadap atlet angkat berat berkenaan.
Sumber: Beautifulnara