“Sepanjang Karier Saya Tak Pernah Request Nak Dukung Heroin,”-Zul Ariffin

“Sepanjang Karier Saya Tak Pernah Request Nak Dukung Heroin,”-Zul Ariffin
Share

Sering terpalit kontroversi bersama heroin yang digandingkannya, pelakon Zul Ariffin berkata babak yang dilakonkan hanya sekadar tuntutan kerja.


Memetik Media Hiburan, Zul juga menegaskan dia tidak pernah meminta untuk ‘mendukung’ heroin gandingannya sepanjang dia bergelar pelakon.


“Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan,” katanya.


Menurut Zul lagi, segala kritikan atau salah tafsir segelintir pihak kepadanya sering dilalui olehnya sebelum ini. Ujarnya lagi, meskipun pelbagai kata-kata dilemparkan terhadapnya, dia memilih untuk berdiam diri kerana rasa hormat.


“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikritik). Kalau Zul saja mesti ‘dukung… dukung'


“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.


“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.


“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.


“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.


“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.


Dalam pada itu, Zul berkata dia kini mahu fokus di layar perak berbanding drama susulan ada segelintir pihak seakan kurang serius.


Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.


“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.


“Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon bertahun-tahun.


“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,” katanya.


Sumber: Media Hiburan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel