Saling Unfollow Di IG, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus Cinta?
Monday, August 1, 2022
Pasti ramai tahu pada Mac lalu, pelakon Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson di depan khalayak ramai.
Bagaimanapun, perkongsian Aedy di Twitter seolah patah hati sekaligus menjadi tanda tanya mengenai status hubungan cintanya dengan kekasihnya itu.
Perkongsian Aeday itu seakan memberi bayangan hubungan mereka berdua sedang mengalami masalah atau mungkin sudah putus di tengah jalan.
“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan,” tulisnya.
Status dimuat naik oleh Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.
Malah, ada yang perasan kedua-dua mereka sudah saling tidak mengikuti satu sama lain di akaun Instagram.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kecewa jika benar hubungan mereka betul-betul sudah berakhir serta berharap mereka masih boleh berkawan biarpun sudah berpisah.
Sumber: Rotikaya