Daphne Iking Pegang Dan Usap B*bi, PU Syed Perjelas Hukum Sentuh Khinzir Dengan Sengaja

Daphne Iking Pegang Dan Usap B*bi, PU Syed Perjelas Hukum Sentuh Khinzir Dengan Sengaja
Share

Baru-baru ini pelakon, Daphne Iking memuat naik satu video menunjukkan dia memberi minum susu dan mengusap beberapa ekor babi menerusi Instagram akaun miliknya.


Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen di mana ada yang menyatakan babi hanya haram untuk dimakan dan boleh dipegang dengan sengaja.


Baca Juga

Isu tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Syed yang menjelaskan hukum sebenar memegang babi atau haiwan yang haram untuk disentuh.


Menurut Syed, menyentuh babi atau anjing dengan sengaja dan tanpa tujuan yang memerlukan ia disentuh adalah haram kerana haiwan berkenaan tergolong dalam kategori najis Mughallazah.


“Menyentuh babi dan anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam.”


close
Tambahnya lagi, pendapat yang menyatakan bahawa babi hanya haram dimakan dan boleh disentuh adalah tidak benar sama sekali dalam ajaran Islam.


“Ada yang mengatakan babi hanya haram dimakan, sentuh dan ternak tak mengapa..Ini adalah kesesatan yang nyata.”


Dalam pada itu, Syed menerangkan bahawa haiwan berikut boleh disentuh sekiranya ada keperluan seperti kerjaya seorang doktor yang perlu merawat babi atau anjing dan wajib melakukan proses sertu selepas menyentuh haiwan terbabit.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel