Kes Amang Seksual Remaja, Nama Pendakwah Selebriti Terkenal Dipetik Netizen?

Kes Amang Seksual Remaja, Nama Pendakwah Selebriti Terkenal Dipetik Netizen?
Share

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai laporan selebriti lelaki terkenal ditahan polis dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.


Selebriti lelaki itu telah dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi Khamis lalu dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes tersebut.


Baca Juga

Terbaru, tular perkongsian di Twitter mendakwa suspek berusia 40 an itu adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang membawakan watak memberi nasihat. Selain itu, suspek pernah memenangi program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya.


Perkongsian di Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah seorang PU.


close

Tidak kurang juga, hasil tinjauan netizen mendapati selebtiti itu tidak muncul di segmen pagi di radio sejak semalam.


Dalam pada itu, ada yang memuat naik paparan  biodata dan maklumat mengenai selebriti itu yang diambil di Wikipedia dimana memberi hint pada ciri-ciri yang dimaksudkan.

Sementara itu, diruangan komen Instagram selebriti itu ramai yang meninggalkan komen untuk mengetahui kesahihan mengenai perkara tersebut.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel