“Berselindung Di Balik Senyum & Tawa” – Netizen Risau Status Terbaru Mas Idayu
Sunday, October 16, 2022

Selepas 15 tahun hidup solo, 16 September lalu merupakan momen indah buat penyanyi Mas Idayu yang selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Muhammad Sufian Isa yang juga Penerbit Eksekutif TV3.
Baru-baru ini, perkongsian Mas Idayu di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan wawancara seorang wanita.
Menerusi video itu, wanita tersebut menjawab “I’m okay” namun kelihatan sedih sehingga keluar air mata. Namun apa yang menjadi bualan adalah status Mad Idayu sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Diruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa bimbang dengan keadaan penyanyi dangdut itu serta ada yang bertanyakan adakah Mas Idayu okay.
Dalam pada itu, ada yang mendoakan Mas Idayu terus bahagia serta memberi kata semangat bahawa tiada manusia tanpa ujian serta meminta untuk banyakkan bersabar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Mas Idayu.
Sumber: Rotikaya