“Cium Molot Weh!” – Dituduh Kantoi Bercium, Baby Shima Nak Saman Netizen

“Cium Molot Weh!” – Dituduh Kantoi Bercium, Baby Shima Nak Saman Netizen
Share

Baru-baru ini, penyanyi serta pelakon, Baby Shima meluahkan rasa berang di laman Instagram kerana dikatakan terdapat individu yang menabur fitnah tentang dirinya.


Tuduhan yang dibuat oleh individu terbabit adalah berkaitan dengan satu babak yang mengatakan dirinya melakukan adegan bercium dalam filem terbaru berjudul BIKO.


Baca Juga

Di dalam hantaran yang dimuat naik, Baby Shima hilang kata-kata apabila ingin menjawab pertanyaan seorang netizen yang mahukan kepastiaan daripadanya mengenai tuduhan terbabit.


Kerana merasakan tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut melampaui batas, pelakon berkenaan sempat meluahkan bahawa dia boleh saja menyaman individu itu kerana menabur fitnah.


“Bukti dah ada dalam filem tu, kalian memang saja nak kenakan shima kan!”

close

Selain meluahkan rasa kesal, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu juga berkongsikan beberapa tangkap layar soalan yang diberikan oleh netizen yang tuduh dia bercium dengan pelakon lelaki yang dikenali sebagai Azrel Ismail.


Susulan luahan penyanyi tersebut mengenai tuduhan tanpa bukti itu, ramai netizen menyokong Baby Shima untuk menyaman individu yang fitnahnya sebagai pengajaran buat mereka untuk tidak buat lagi di masa hadapan.


Sumber: Beautifulnarq

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel