Caprice Dedah DM Remaja Lelaki, Dakwa Perbualan Dengan PU Azman

Caprice Dedah DM Remaja Lelaki, Dakwa Perbualan Dengan PU Azman
Share

Nama penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman menjadi bualan ramai apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.


Terbaru, penyanyi rap Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa pendakwah tersebut.


Baca Juga

Difahamkan, pendedahan itu dikongsikan oleh Caprice di Insta Story sebelum dimuat naik semula oleh seorang netizen di laman Twitter.


Menerusi paparan mesej itu, remaja tersebut menjawab beberapa soalan daripada individu tersebut antaranya nombor telefon, tingkatan, status percintaan selain meminta melakukan ‘VC’ dipercayai panggilan video.


close
Dapat dilihat pada video dikongsikan, remaja tersebut menekan akaun Instagram didakwa milik PU Azman sebelum membuka ruangan DM memaparkan perbualan mereka.


Dalam pada itu, Caprice menerusi video itu berkata akan membantu mangsa yang mempunyai bukti sahaja bagi mengelakkan ada cakap-cakap mengatakan ianya ‘deep fake’.


“Sebab nak elak orang kata deep-fake lah. Edited lah. Cap akan bantu mangsa-mangsa yang ada bukti sahaja. Screenshots sahaja tidak cukup kuat sebab orang boleh claim photoshop. Video tidak menipu, tulisnya.


Semalam, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja, bagaimanapun PU Azman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel