Alvin Chong Tayang Badan Tanpa Baju Buat Ramai ‘Netizen Gatal’ Tak Keruan

Alvin Chong Tayang Badan Tanpa Baju Buat Ramai ‘Netizen Gatal’ Tak Keruan
Share

Baru-baru ini, pelakon lelaki digilai ramai iaitu Alvin Chong ada memuat naik satu gambar di Instagram yang menarik perhatian ramai dan tidak keruan apabila melihatnya.


Melalui gambar yang dimuat naik, Alvin memaparkan badan bahagian atas tanpa baju bagi menunjukkan kegembiraan apabila berjaya membina muscle.


Baca Juga

Ramai yang meluahkan rasa kagum serta tumpang gembira dengan kejayaan kecil yang berjaya di capai oleh Alvin, namun dalam pada masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen berbaur lucah.


Beberapa netizen yang meninggalkan komen berbaur lucah ini dek kerana tergoda melihat tubuh badan pelakon berkenaan yang seksi tidak berbaju.


Bahkan, ada netizen yang berharap agar penerbit drama ataupun filem memberi Alvin watak yang mempunyai babak di dalam bilik mandi.

close
Bukan itu saja, komen yang kurang sensitif turut ditinggalkan oleh sesetengah netizen hingga mencemarkan ruangan komen hantaran selebriti terbabit di media sosialnya itu.


Sehingga kini hantaran berkenaan meraih perhatian yang cukup ramai, bukan saja daripada kalangan netizen, malah rakan selebriti juga tidak lupa tumpang gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh Alvin itu.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel