“Orang Yang Berfikiran Tertutup Ni Mulut Mereka Sentiasa Terbuka” – Isteri Caprice Perli

“Orang Yang Berfikiran Tertutup Ni Mulut Mereka Sentiasa Terbuka” – Isteri Caprice Perli
Share

Sebelum ini, penceramah bebas, PU Syed meminta penyanyi rap, Caprice untuk menguruskan soal aurat isterinya, Farra Inalis terlebih dahulu sebelum masuk campur dalam kes jenayah PU Azman.


Menerusi hantaran di IG Stories, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap PU Syed serta memintanya untuk membuat permohonan maaf jika tidak mahu rahsianya terbongkar.


Baca Juga

Susulan ugutan tersebut, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice dan telah memadam hantaran tersebut.


Dalam pada itu, isteri kepada Caprice iaitu Farra Inalis pula memuat naik sebuah hantaran berbaur sindiran di laman Instagram miliknya.


“Masalah dengan orang yang berfikiran tertutup ialah mulut mereka yang sentiasa terbuka.”

close
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa hantaran Farra tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada pendakwah bebas yang menyentuh tentang dirinya.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menasihatkan agar Farra juga menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan menasihatkan suaminya supaya tidak masuk campur dalam urusan orang lain.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel