“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain Dah” – Puteri Sarah

“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain Dah” – Puteri Sarah
Share

Pelakon Puteri Sarah berkata dia mengakui rindu meluangkan masa memasak untuk suami tercinta, pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menerusi satu temu bual Next To Neelofa baru-baru ini, Puteri Sarah berkata ketika PKP dia suka mencuba pelbagai jenis masakan sehingga dia mahir di dapur.

“Masa PKP, daripada saya tak berapa pandai sangat memasak terus saya jadi macam restoran. Ok hari ni nak makan apa? Saya suka masak ala-ala Kham Heong, Butter Chicken dan perkara tu mengajar saya juga,” katanya.

Menurut Puteri Sarah lagi, dia berasa puas apabila suami memuji masakannya dan baginya tiada perkara lain yang diperlukannya. Sarah turut berkongsikan dia turut berselawat setiap kali sebelum memasak.

“Saya suka bila dia makan, puji masakan saya sedap dan dia habiskan semua lauk. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati masak untuk suami.

“Jadi pada saya perkara itulah yang betul apabila kita masak dengan penuh kasih sayang. Bila dia puji kita tu kita rasa macam tak perlu benda lain dah, hanya nak pujian suami. Bila dia puji masakan, perkara itu dah buat hari saya cukup indah.

“Setiap kali sebelum memasak, saya akan selawat dan baca doa ‘Ya Allah, bagilah suami saya sayang saya, saya tahu suami penat bekerja’ semua saya cakap,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian, apabila disoal sama ada dia rindukan momen tersebut, Puteri Sarah dilihat terdiam seketika dan menjawab ya.

Terdahulu, Puteri Sarah berkata dia akan tetap meneruskan tindakan saman terhadap wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Sumber: Rotikaya, Xtra

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel