Siti Saleha Dah Jumpa Pengganti, Lelaki Berdarah Kacukan Jadi Pilihan

Siti Saleha Dah Jumpa Pengganti, Lelaki Berdarah Kacukan Jadi Pilihan
Share

Pelakon Siti Saleha mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya selepas 10 bulan bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar.

Memetik mStar Online, Saleha bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai lelaki berkenaan namun menyifatkan mereka mempunyai persamaan berdarah kacukan.

“Nanti saya kongsi di Instagram saya, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik. Kami mempunyai persamaan, kita mix…kita orang putih,” katanya.


Dalam pada itu, Saleha mengakui teman terdekat mengetahui mengenai hubungan mereka meskipun tidak berkongsikan wajahnya di media sosial.

“Saya rasa orang sekeliling tahu walaupun saya tak berkongsi gambarnya. Bila-bila masa nanti saya tunjuk wajahnya,” katanya.

Terdahulu, Seleha mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Julai 2017 namun sah bercerai pada Januari lalu. 

SUMBER: MSTAR ONLINE

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel