“Diam Itu Lebih Baik Jika Tidak Ada Perkara Baik Untuk Diperkatakan” – Ira Kazar
Saturday, November 26, 2022
Pasti ramai tahu, nama anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar menjadi bualan apabila didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
Baru-baru ini, perkongsian Ira menjadi perhatian apabila memuat naik satu perkongsian yang juga ditujukan buat dirinya sendiri.
Menerusi entri itu, Ira berkongsi kata nasihat dan muhasabah diri untuk berdiam diri daripada bercakap perkara yang tiada faedah.
“Diam itu lebih baik jika tidak ada ‘perkara baik’ untuk diperkatakan. Berhati-hatilah dengan dosa lisan mahupun tulisanmu. Muhasabah,” kongsinya.
Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tanggannya bersama Syamsul Yusof.
Sumber: Rotikaya