Tak ambil gaji PM, pendirian Anwar buat netizen tersentuh
Friday, November 25, 2022
Sidang media Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkenaan pendiriannya yang tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen.
Walaupun ada yang menyokong usaha tersebut memandangkan sebelum ini beliau telah mengutarakan menifesto berkenaan di dalam kempen Pakatan Harapan (PH), namun ada juga yang ‘lembut’ hati menyuruhnya mengambil sahaja gaji berkenaan.
Pendirian masih sama.
Dalam salah satu intipati ucapannya, Anwar menegaskan semula apa yang pernah beliau katakan berkenaan gaji sebagai perdana menteri dan terbuka hati tidak menerima apa-apa bayaran untuk jawatan tersebut.
Susulan daripada itu, ruagan komen di ciapan yang dibuat di laman Twitter Anwar telah mendapat pelbagai maklum balas dari netizen.
“Ambil la sikit Datuk”
Ada diantara mereka meminta perdana menteri itu untuk mengambil sikit gaji yang sememangnya miliknya kerana beliau layak untuk menerima memadangkan sudah memberikan perkhidmatan kepada negara.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa mereka menyokong tindakan yang dilakukan Anwar dan pemimpin tersebut sudah tentu mempunyai sumber pendapatan lain seperti gaji sebagai ahli parlimen untuk kerusi yang dimenanginya sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari.
Sumber: Twitter Anwar Ibrahim, Oh My Media