Pelakon drama ‘Oh My Hantaran’ Syazlin Zainal meninggal dunia

Pelakon drama ‘Oh My Hantaran’ Syazlin Zainal meninggal dunia
Share

Pelakon baharu dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia hari ini.


Menerusi laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu difahamkan meninggal dunia di Johor namun punca kematian dikatakan masih dalam siasatan.


Berita duka tersebut dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi beberapa InstaStory miliknya sebentar tadi.


“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya. Saya kehilangan rakan hari ini.


“Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulis Zeatyalia.


Sementara itu, berita pemergian pelakon drama SiTik Tok mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan pengikutnya di media sosial.


Tinjauan di laman Instagram mendapati, Allahyarham yang mesra dipanggil Alin ada memuat naik posting sehari lalu sekali gus dipenuhi ucapan takziah daripada orang ramai.


Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda, Oh My Hantaran dan Ada Yang Ngikut.


Sumber: Harian Metro, mStar, Ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel