Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak

Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Viral’ Pasal Suami Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak
Share

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang pendakwah yang mempersoalkan para suami kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak.


Menerusi video tersebut, pendakwah itu turut menggelar para suami dayus kerana membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri dan menganggap suami telah menggadai maruah isteri.



Susulan itu, penceramah selebriti terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.


”Dengar baik-baik, hukumnya asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat.”


Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar menerangkan dalam perubatan apabila masuk sempadan darurat, hukum haram diangkat seketika.


Allah sebut dalam al-Quran ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi membuat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.


Jelasnya lagi, keadaan darurat itu membolehkan apa sahaja yang tidak boleh termasuk ketika isteri ingin bersalin kerana keadaan itu kritikal dan berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

@izataim Perkongsian ilmu daripada Ustaz Azhar Idrus tentang isu bersalin #uai #ustazazharidrus #fyp #terengganu #kongsikebaikan #kongsiilmu ♬ original sound - Jak🥑

”Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram!”


Dalam pada itu, Ustaz Azhar menjelaskan hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bagi wanita Muslim adalah harus kerana tidak mempunyai pilihan terutamanya kepada suami yang tidak mampu menghantar isteri bersalin di hospital swasta.


”Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?”


Menurut Ustaz Azhar, tidak semua berkemampuan untuk membayar kos hospital swasta dan memilih hospitak kerajaan sekaligus tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memilih doktor wanita atau lelaki.



SUMBER : TikTok

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel