Anak Dalam Kandungan Maut, Rahim Isteri Pecah, Luahan Mangsa Kemalangan

Anak Dalam Kandungan Maut, Rahim Isteri Pecah, Luahan Mangsa Kemalangan
Share

Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam menunjukkan kemalangan melibatkan kereta yang bertembung dengan sebuah lori lebih muatan dan dipandu secara bahaya di laluan Gerik-Jeli.

Kereta tersebut dinaiki sepasang suami isteri dan kemalangan itu telah meragut nyawa bayi sulung mereka dalam kandungan berusia 34 minggu sementara si isteri pula mengalami kecederaan parah di bahagian rahim, tulang belakang dan tulang rusuknya.

Luahan hati mangsa kemalangan yang telah menyebabkan isterinya parah dan anak sulungnya maut itu meraih perhatian dan simpati netizen selepas ia dimuat naik di Facebook.

Berdasarkan penulisan yang tular di media sosial itu, lelaki terbabit berkata bahawa kejadian seperti yang menimpanya itu boleh dielakkan jika tiada kecuaian daripada pemandu dan juga pihak syarikat lori yang terlibat.

Baca Juga

Malah, jelasnya tiada seorang pun daripada pihak syarikat yang menghubunginya untuk bertanya khabar selepas insiden itu atau memohon maaf kerana apa yang telah berlaku.

Mangsa turut menceritakan tentang keadaan isterinya yang menangis kerana kehilangan anak dan dalam masa yang sama perlu menahan sakit yang dialaminya.

“Kamu telah memusnahkan keluarga kami, setiap hari saya melihat isteri saya menangis dan saya melihat luka pada badannya dan gambar arwah baby kami.”

Dia turut berharap pihak syarikat tersebut tidak hanya berdiam diri dan tampil memberikan penjelasan tentang muatan berlebihan dan pemandu yang memandu secara bahaya.


close
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk ambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat terlibat.

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel