“Sebab Percaya Betina Akhirnya Makan Diri” – Terpalit Kes Video Lucah, Kakak Haqiem Stopa Mahu Bongkar Kebenaran

“Sebab Percaya Betina Akhirnya Makan Diri” – Terpalit Kes Video Lucah, Kakak Haqiem Stopa Mahu Bongkar Kebenaran
Share

Sebelum ini, Haqiem Stopa telah ditahan polis selepas didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar dan video tidak senonoh bekas teman wanitanya yang berusia 21 tahun di dalam dua buah telefon bimbit.

Susulan itu, kakak kepada ikon permotoran itu tampil mempertahankan adiknya dan mendakwa teman wanitanya itu sudah merancang untuk melakukan penganiayaan terhadap Haqiem.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok, kakaknya turut memaklumkan akan membongkar kebenaran satu persatu.

“Sebabkan dendam seorang perempuan, kau kena sampai tahap ni. Aku tahu kau pun ada salah tapi perempuan tu punya pasal, keburukan kau semua tersebar.”

Baca Juga

Bukan itu sahaja, pemilik akaun Lady Paint itu mendedahkan dirinya sudah mengetahui semua cerita sebenar dan meluahkan rasa terkilan dengan tindakan wanita itu yang terlalu menghukum adiknya.

“Ini teruk sangat dah kau hukum dia.. apa benda ni, kau nak apa sebenarnya?”
Dalam pada itu, kakak Haqiem turut menitipkan pesanan untuk golongan lelaki diluar sana untuk tidak mudah terikut-ikut kehendak wanita atas dasar cinta.

“Lelaki please wake up, jangan jadi bodoh sebab seorang betina.”

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel