“Jangan Keterlaluan Sibuk Hal Orang Asing! Kami Tolong Orang Tempatan” – Lelaki Rohingya Beri Amaran, Nafi Suka Duduk Malaysia
Tuesday, February 28, 2023
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dapat lihat segelintir warga Rohingya menganggu ketenteraman warga tempatan seperti meminta sedekah atau berlagak samseng dan semakin ramai yang masuk ke negara Malaysia.
Baru-baru ini, terhadap seorang individu warga Rohingya memuat naik satu video di platform media sosial tampil menafikan kenyataan atau kritikan yang dilontarkan oleh netizen buat mereka.
Menurut lelaki terbabit, kehadiran warga Rohingya ke Malaysia bukanlah kerana mereka gemar untuk kesini tetapi akibat kampung alami masalah, jadinya terpaksa berpindah ke negara ini demi kelangsungan hidup.
Dalam pada itu, dia berkata kaumnya datang ke Malaysia bukan mahu mendatangkan masalah tetapi sebaliknya berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki.
Korang la ni selalu sangat kutuk orang Rohingya, ni wakil dia dah marah dah
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 28, 2023
Part 1 pic.twitter.com/dN5CDUdkWx
Difahamkan individu terbabit memuat naik video kenyataan itu selepas seorang ustaz dipercayai menyuruh warga Rohingya memajukan negara sendiri daripada menjadi pelarian di negara Malaysia.
Warga Rohingya itu juga memaklumkan bahawa dirinya kini bekerja sebagai tukang membuat rumah dan sanggup bekerja siang hingga malam demi mencari duit buat makan.
Susulan sudah kecoh di media sosial, banyak pihak meminta agar kerajaan ikut campur tangan dan perkongsian panjang lebar itu juga kurang disenangi oleh netizen.
SUMBER : Twitter