“Dia Nak Berbadan Tiga Ke Empat Ke, Saya Tak Kisah” – Puteri Sarah

“Dia Nak Berbadan Tiga Ke Empat Ke, Saya Tak Kisah” – Puteri Sarah
Share

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa isteri kedua kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.

Memetik Kosmo, pelakon Puteri Sarah berkata dia enggan memikirkan mengenai khabar angin tersebut serta tidak peduli tentang perkara itu.

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah. Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata perkara itu sampai ke pengetahuannya sebelum dia dan anak-anak mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sarah berkata dia hanya mengharapkan kes sebutan perceraiannya pada 7 Mac depan ini berjalan dengan baik.

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.  Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.

“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik. Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” katanya.

SUMBER: KOSMO

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel