“Time Sodap Pakcik Hilang Kopiah, Tak Tolak Pun Saya, Munafik!” – Zarina Anjoulie Anggap Bekas Tunang Gila Glamour

“Time Sodap Pakcik Hilang Kopiah, Tak Tolak Pun Saya, Munafik!” – Zarina Anjoulie Anggap Bekas Tunang Gila Glamour
Share
Sebelum ini, Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju sempat membuat live meluahkan rasa terkilan terhadap netizen yang melabelnya sebagai kaki kikis susulan isu pagar hingga dia menitiskan air mata.

Bagaimanapun, selebriti wanita tersebut mula berasa berang selepas bekas tunang, Datuk Seri Elzey tidak henti bercakap tentang hal tersebut serta aib-aib yang lain.

Bukan saja bercerita tentang isu menghadiahkan pagar buat wanita tersebut, malah Elzey mengeluarkan dakwaan cara Anju melayan anak tunggalnya, Mateen serta tentang perselisahan faham ahli keluarga.
Bekas tunangnya itu turut mendedahkan masalah pelakon tersebut yang pernah dihalau keluar dari rumah beberapa kali.


Terkilan dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas tunang yang seakan-akan menggambarkan dirinya cuba mengikis harta benda, Anju juga berkongsikan bukti gambar kunci rumah lelaki terbabit yang sempat dimiliki.

Bukan itu saja, pelakon terbabit sempat berkongsikan DM seseorang yang pernah mengenali Elzey dan individu terbabit meluahkan rasa kurang enak selepas mengetahui Anju bercinta dengan lelaki itu tetapi pelakon tersebut tidak mahu berfikir buruk ketika itu.


Dalam pada masa yang sama, selebriti berusia 35 tahun itu merasakan dirinya seperti dijadikan sebagai bahan konten buat Elzey serta dia turut memberi penjelasan lanjut mengenai isu pemberiaan hadiah pagar itu.

Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel