Syamsul Yusof Didakwa Lantik Peguam Untuk Ira Kazar? Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Syamsul Yusof Didakwa Lantik Peguam Untuk Ira Kazar? Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
Share

Umum mengetahui, Mahkamah Sesyen membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.

Terbaru, perkongsian Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memuat naik posting rakannya mendakwa Syamsul telah melantik peguam buat isteri keduanya.

Difahamkan, Emi yang juga dipercayai pengurus Puteri Sarah beranggapan bahawa tindakan Syamsul itu bukanlah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana mungkin salah satu doa Puteri Sarah diperkenankan untuk memberi petunjuk yang sebenar.

“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” tulisnya.

Terdahulu, Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel