"Bincang elok2. Siapa salah atau betul tak payah dedah di media sosial" – Sharnaaz Ahmad
Wednesday, July 21, 2021
Isu tentang misi bantuan ke Gaza yang disertai oleh Ustaz Ebit Lew masih menjadi bualan hangat netizen apabila seorang aktivis terkenal Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan pandangan peribadinya menerusi Instagram.
Berikutan itu, pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad tampil memberi respon berhubung kenyataan yang tular tersebut menerusi Insta Story miliknya.
Menurut pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu, dia menggesa agar ketiga-tiga pihak yang terlibat dalam isu berkenaan (Nadir, Ebit Lew & Caprice) agar berbincang sebaik mungkin untuk mengelakkan berlakunya sebarang konflik.
Tambahnya lagi, tindakan berkongsi permasalahan masing-masing di media sosial boleh mencemarkan nama baik Malaysia kerana ia dipertonton kepada masyarakat seluruh dunia.
Dalam pada itu, bintang filem Jebat yang berusia 36 tahun tersebut turut menasihati agar ketiga-tiga individu terbabit bermaaf-maafan antara satu sama lain dan membantu umat Islam yang dalam kesusahan.
Selain itu, Sharnaaz sempat menegaskan bahawa dia sama sekali tidak mahu mengetahui pihak mana yang benar dan yang salah. Sebaliknya, dia mahu mereka kembali bangkit bersati demi mengharumkan nama umat Islam.
Sumber penulisan Ohmymedia.cc