Ismail Sabri miliki majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi

Ismail Sabri miliki majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi
Share

Mendapat sebanyak 114 surat akuan (SD) tertinggi dari kalangan Ahli Parlimen, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menamatkan percaturan dengan kemenangannya sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pengesahan jawatan tersebut menyebabkan gelaran ‘PM Tepi’ buat Ketua Parti Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu sumpahan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, hanya kumpulan yang berjaya memegang jawatan tersebut dipanggil untuk ke Istana Negara bagi membuat pengesahan sokongan sekali lagi.

Melalui satu kenyataan dari Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong meminta Perdana Menteri yang baharu dilantik untuk menentukan keabsahannya di Dewan Negara secepat mungkin.

Baca Juga


Dalam pada masa yang sama, pihak Istana Negara mahu Perdana Menteri yang baru dilantik untuk segera mengemukakan usul undi percaya untuk mengabsahkan dirinya bagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Isu semasa bakal dibincangkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada hari Jumaat.

Seawal jam 10 pagi semalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan untuk menghadap ke Istana Negara, manakala Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menyusul pada jam 11 pagi.

UMNO dan Barisan Nasional akan hadir pada jam 2 petang, dan diikuti oleh PAS sebagai wakil terakhir pada jam 4 petang.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi setelah seramai 114 ahli Dewan Rakyat menghadap ke Istana Negara hari ini untuk memberi pengesahan sokongan kepada PM ke-9.

Sumber: Nurul Huda Husain/Sinar Harian

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel