“Keluar Dari Perut Mak, Saya Sebut ‘Sushu’ Bukan Susu”
Thursday, September 9, 2021

Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu mempunyai slang tersendiri meskipun bercakap dalam bahasa Melayu.
Semalam, Caprice ada memuat naik video di Instagram menjawab persoalan daripada netizen yang bertanyakan adakah sejak lahir cara pertuturan dan slang Caprice sebegitu.
Seolah tiada kesudahan apabila ditanya soalan yang sama berulang kali, Caprice secara berseloroh memberitahu dia memang sudah bertutur seperti itu sejak lahir lagi.
“Tak habis-habis orang tanya pasal slang…ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan susu. Itulah slang saya. Saya cuba yang terbaik. Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia lagi teruk,” katanya.
Sebelum ini, Caprice pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.
Semalam, Caprice selamat tiba di Malaysia selepas hampir dua bulan berada di Jordan bagi menjalankan misi #RoadToGaza. Bagaimanapun dia tidak mendapat kebenaran memasuki Gaza dan meneruskan misinya dari Jordan.
Sumber: Rotikaya