Comel, Ini Wajah Anak Bongsu Shuib, Ayash Affan

Comel, Ini Wajah Anak Bongsu Shuib, Ayash Affan
Share

Selepas hampir dua bulan dilahirkan pada 6 Ogos lalu, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan wajah anak bongsunya, Ayash Affan. Memuat naik satu video di Instagram, Shuib berkongsikan video memaparkan anak lelakinya itu sedang tidur di katil.

Menerusi entri itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat anaknya sepanjang dua bulan ini.
"Assalamualaikum. Nama saya Ayash Affan bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya," tulisnya.

Dalam video itu, kelihatan Ayash yang sedang nyenyak tidur di katil bayi dengan berpakaian serba putih.

Baca Juga

Dilatari lagu Anakku dendangan Vina Panduwinata, video itu dilihat menyentuh emosi setiap yang menontonnya.

Selepas dua jam pertama ia dimuat naik, video itu diulang tonton hampir 200,000 tontonan di Instagram.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang teruja apabila akhirnya dapat melihat wajah anak keempat Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.

Tidak kurang juga, ramai yang sebak apabila melihat hadiah istimewa terakhir daripada arwah Siti Sarah itu serta mendoakan Ayash menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

close
Sumber mstar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel