“Hati saya cintakan Malaysia” – ‘Karen’ Luah Perasaan, Dakwa Kita Semua Ada Hak Untuk Bebas
Sunday, November 7, 2021

Ekoran itu, wanita tersebut menerima banyak kecaman dan kritikan daripada rakyat Malaysia kerana tidak mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Malah, beliau mendapat gelaaran ‘Karen’ kerana degil tidak mahu memakai pelitup muka.
Dalam satu kenyataan dalam video menerusi akaun Twitter 117 We The People, wanita tersebut meluahkan perasaannya dengan mendakwa hatinya masih cintakan negara Malaysia.
🚨Our patriots from Malaysia
has a message for the Malaysia, for the world
harassed by the government(see pinned Tweet)
terrorised at the her home
newspapers demonising her
facebook bots hate speech
and of course to Brandon
LETS GIVE HER A GREAT VOICE#freedom #LetsGoBrandon pic.twitter.com/KNXWckIdgC— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) November 6, 2021
Wanita tersebut turut menjelaskan tentang hak kebebasan. Jelas beliau, setiap individu berhak untuk memilih apa yang dikehendaki dari segi pemilihan makanan, lokasi yang dituju dan apa yang seseorang itu mahu lakukan terhadap badannya sendiri.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia agar membuka mata dan hati untuk melihat negara luar yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih apa yang dikehendaki.
“Buka mata anda, buka hati anda, buka jiwa anda. Bayangkan rumah terbuka pada setiap hari dalam hidup kita, semua rakyat Malaysia bersatu. Kita bebas”, ujar wanita tersebut.
🚨PROTECT OUR PATRIOTS🚨
— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) October 27, 2021
one of our patriot in Malaysia is being attacked by the gov. especially the health minister, who wants to investigate about her for demanding her rights to breathe free. let us unite & stand with her. We know FB used bots! The so called health minister
Tidak cukup dengan itu, akaun 117 We The People turut mengecam tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa menindas rakyat biasa.
“Kerajaan tidak sepatutnya mengganggu rakyat dan menentukan bagaimana mereka menjaga kesihatan sendiri”
Gov. should never harass people and sure not dictate them how to take care of their health. this Person should RESIGN IMMEDIATELY & TWITTER should be made accountable the fake views to manipulate people opinion over an innocent lady, who protected a freedom of Speech her RIGHT
— 117%WeThePeople (@117WeThePeople) October 27, 2021
Oleh yang demikian, akaun ini meminta agar Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan kerana beliau bertanggungjawab ke atas memanipulasi makmlumat dan memberi pandangan buruk ke atas wanita tersebut.
Video wanita tersebut tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia masih berpendirian bahawa wanita tersebut di pihak yang salah kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.
Malah, ada juga yang kurang senang dengan wanita ini dan mendakwa beliau telah memanipulasi isu melanggar SOP tersebut kepada isu hak kebebasan.
Sehingga kini, video tersebut sudahpun mendapat jumlah tontonan hampir 200,000 dan jumlah ulang ciapan lebih daripada 2,000.
Sumber: Lobak Merah