Harith Iskander Hanya Tersenyum Bila Dapat Tahu Kononnya Sajat Dipanggil Jadi Tetamu The Ellen Show

Harith Iskander Hanya Tersenyum Bila Dapat Tahu Kononnya Sajat Dipanggil Jadi Tetamu The Ellen Show
Share

Baru-baru ini, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ada memaklumkan bahawa dia telah dijemput untuk menjadi tetamu dalam rancangan terkenal Hollywood, The Ellen Show.

Berita yang viral itu telah mendapat perhatian pelakon dan pelawak, Harith Iskander yang sebelum ini pernah mewawancara Sajat menerusi satu sesi live di atas talian.

Menerusi perkongsian di Facebook Harith, sebaik saja mendengar berita tersebut, dia dikatakan tersenyum dan kagum dengan pencapaian Sajat.

Baca Juga


“Sebaik saya mendengar Nur Sajat akan menjadi tetamu dalam rancangan The Ellen Show – saya tersenyum.

“Seorang rakyat Malaysia akan duduk di atas sofa bersebelahan dengan salah seorang pengacara rancangan yang saya minati  – tapi tak semua di Malaysia akan bersorak kepadanya,” tulis Harith.

Menurutnya lagi, kisah Sajat yang dianggap ‘memalukan’ di negara sendiri adalah punca mengapa dia disanjung di negara luar.

Malah dia juga berharap usahawan ini akan dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya satu masa ini.


close
Terdahulu, Sajat menerusi satu temubual di BBC mengakui terpaksa melarikan diri dari Malaysia kerana didakwa telah dikasari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Malah dia juga menegaskan untuk tidak kembali lagi ke Malaysia kerana tidak mampu menjadi dirinya sendiri.

Sumber: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel