“Kereta Saya Yang Bayar, surat cerai dia nak print pun tak ada duit” - Sakan Dating Laki Orang, Kantoi Isteri Terjumpa Video
Saturday, November 20, 2021

Kehadiran insan ketiga dalam kehidupan rumah tangga adalah antara yang ditakuti oleh setiap pasangan. Meskipun perkahwinan yang terbina sudah bertahun-tahun, ia boleh runtuh sekelip mata disebabkan nafsu serta kepuasan diri. Begitulah juga yang terpaksa dilalui seorang wanita ini menerusi satu posting di TikTok.
“Allahu, kereta yang awak naik tu 10K saya bayar down payment…Surat cerai dia nak print pun tak berduit”
@masdalifahmdzubir @ully_cirebon #downpayment #kereta Sgd10k#hutamg duit isteri sgd200K#surat syariah nak print pun takde duit #Im the legal wife in singapore
♬ original sound - Masdalifah Md Zubir
Menerusi perkongsian berkenaan, Masdalifah Md Zubir sempat memuat naik rakaman seorang wanita yang dipercayai kini menjalinkan hubungan bersama suaminya. Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan duit muka kereta yang dinaiki suami untuk bawa perempuan tersebut kesana sini dibayar olehnya.
“Sekarang tolong fikir logik, kalau masih ada isteri takkan dia berani keluar dengan perempuan lain”
Meskipun telah ditegur oleh si isteri, gadis berkenaan tidak segan silu memuat naik satu rakaman lain bersama rakan-rakannya.
Perempuan tersebut menjelaskan sama sekali tak salah untuk keluar dengan lelaki berkenaan dan mendakwa kononnya sudah tidak lagi pegang status seorang suami.
@ully_cirebon ♬ Я буду ебать - MOREART
@masdalifahmdzubir ##Allahu akhir zaman dah pergi dengan suami saya lagi ketawa diatas buktinya jangan mencabar saya ya jangan riak Kita hamba Allah🥰🙏
♬ original sound - Masdalifah Md Zubir
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa si isteri. Walau bagaimanapun, ramai kagum dengan wanita tersebut yang seperti cukup berani untuk berdepan dan bakal mengambil tindakan undang-undang berkenaan isu itu.
Sumber: Kisah Dunia
Kredit: TikTok Masdalifah & Ully Cirebon from Sundanese