Iqbal Mohon Maaf Pada Rossa, Nak Balik Malaysia Jenguk Tempat Banjir

Iqbal Mohon Maaf Pada Rossa, Nak Balik Malaysia Jenguk Tempat Banjir
Share

Beberapa ketika 'melarikan diri' ke luar negara, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli ingin pulang ke Malaysia untuk menjenguk kawasan terjejas banjir di Selangor dan Kuala Lumpur.

Bekas pembantu peribadi jutawan Datuk Seri Vida itu meluahkan hasrat berkenaan menerusi hantaran di Instastorynya.

"Jika boleh, saya mahu pulang ke Malaysia sebentar, mungkin 3-7 hari untuk jenguk tempat banjir," tulisnya yang turut meminta orang ramai mendoakan agar kita semua dijauhkan dari perkara tidak diingini.

Baca Juga

Sementara itu, dia menerusi hantaran terbaru di Instagramnya memuat naik video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Datuk Seri Rossa atas salah faham tercetus akibat kenyataannya sebelum ini.

Ekoran itu, Iqbal turut menghadiahkan sesuatu kepada Rossa sebagai tanda mohon maaf.

"Saya janji, tidak akan ada lagi gosip sebegini selepas ini. Saya sedih dan risau jika Dato Sri Rossa akan tidak selesa dengan saya nanti. Sedangkan saya meminati Dato Sri Rossa sejak dulu. Maafkan saya ya.

Satu permintaan saya, sudi terima hadiah saya belikan khas untuk Dato Sri Rossa. Anggap ini sebagai mohon maaf dan salam hormat saya dari negara jiran. Saya mendoakan kesejahteraan dunia akhirat buat Dato Sri Rossa @itsrossa910," tulisnya.
close
Sumber: CARI


Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel