"Kau Tak Layak," Menitik Air Mata Saiful Apek Baca Surat Dari Haters

"Kau Tak Layak," Menitik Air Mata Saiful Apek Baca Surat Dari Haters
Share

Nama Saiful Apek mempunyai tempat yang istimewa di hati kita semua. Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak ini? 

Dia telah memulakan karier lakonannya sejak tahun 1994, banyak filem dan drama yang dibintanginya.

Dia juga terkenal dalam filem Senario. Namun selepas dia terlibat dalam kontroversi pada tahun 2010, Saiful Apek banyak mendiamkan diri dari industri seni. 

Baca Juga


Sejak Saiful Apek aktif sebagai pelakon dan pelawak, dia telah berjaya meriah 4 anugerah. Tahun lepas, dia juga memenangi anugerah sebagai Ikon Komedi Malaysia 2021. 

Saiful Apek pernah melalui banyak saat pahit dan getir sepanjang menjadi seorang selebriti. Niatnya untuk memulakan kariernya di dalam industri perfileman bukanlah satu perkara yang mudah baginya kerana banyak yang perlu dikorbankan dari segi jiwa dan emosi. 

Tetapi, disebabkan cabaran yang dia dilalui itulah yang menjadikan dirinya yang sekarang. Kini, Saiful Apek merupakan senior dalam industri seni. Dia juga dipandang tinggi oleh pelawak-pelawak baru. 
close

Namun, dia tetap memilih untuk merendah diri dan menganggap artis-artis lain sebagai rakan seperjuangan kerana sama-sama mencari rezeki.


Tidak mudah untuk anak seni berjuang dalam industri hiburan dan setiap satu daripada mereka pasti menghadapi perkara yang sama seperti Saiful Apek. Semoga kental berdepan dengan kecaman.

Sumber asal: Forum Cari

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel