Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah, Didenda RM4,000

Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah, Didenda RM4,000
Share

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, semalam, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.


Memetik Harian Metro, hukuman denda itu dijatuhkan selepas selebriti berusia 34 membuat pengakuan bersalah.


Baca Juga

Perkara itu disahkan olehKetua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman.


Difahamkan, pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya berjalan hari ini, namun peguam yang mewakili Zarina, Ahmad Faiz Munawar memohon untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa.


Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan.

close

Bagaimanapun, Zarina telah pun membayar denda berkenaan semalam.


Pada 13 September lalu, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu pada Jun lalu.


SUMBER: HARIAN METRO

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel