Pakaian Terlalu Seksi, Azhar Sulaiman Minta Leona Jadi Bijak
Sunday, December 11, 2022

Meskipun berada jauh dari Malaysia, namun perkongsian Leona sering menjadi perhatian ramai apatah lagi sering memuat naik video dan gambar berpakaian seksi.
Susulan itu, Azhar dilihat ada memuat naik satu perkongsian menitipkan pesanan buat anaknya itu. Azhar meminta Leona jangan mudah tergoda dengan nafsunya untuk memakai pakaian seksi.
“Wahai Leona, sesetengah orang sengaja tunggu awak buat hantaran dengan baju seksi dan kutuk awak, saya serta keluarga kita. Jadi jangan jadi bahan cemuhan orang ramai dengan segala baju seksi awak. Be smart Leona, jangan terpedaya dengan godaan!” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian Azhar itu telah pun dipadam, namun tidak pasti sebab mengapa pelakon tersebut memadam teguran yang dibuat untuk anaknya itu.
Terdahulu, Azhar berharap anaknya itu akan tampil dengan imej baharu sebalik pulang ke Malaysia selepas 3 tahun disana.
Sumber: xTra